hikmah puasa
Terdapat hikmah di sebalik syariat Allah, khususnya puasa. Ada rahsia,
hikmah dan tujuan puasa itu yang diketahui akal manusia. Namun ada juga yang
tidak dapat dijangkau akal manusia. Berkenaan hikmah puasa, terdapat tidak
kurang 12 jenis hikmah iaitu:
1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan
syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.
2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini
membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci.
3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang
kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini
menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka.
4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan
dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.
5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan
dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya
kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."
6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu
yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama
dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan
setiakawan.
7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan
Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada
umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa.
Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat."
8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan
yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan
fungsi ginjal, hati dan jantung.
9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah,
hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga
dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.
10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh
atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan,
minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.
11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan
muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa
sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat
mengalahkan hawa nafsunya.
12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan
bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup
sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita
bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan
berkorban.
0 komentar:
Posting Komentar